Gerakan mencari Helikopter_Nuri_Terhempas_di_Genting_Sempah_2007

Markas Operasi Mencari dan Menyelamat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditempatkan di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Azizan Ariffin berkata lebih 1,000 anggota tentera udara , tentera darat , polis , orang Asli dan orang kampung terlibat dalam gerakan mencari helikopter itu. Tumpuan utama ialah di kawasan Genting Highland dan Genting Sempah yang berhutan tebal , curam dan terpaksa menempuh kawasan gunung dan hujan lebat.

Lokasi utama seperti Genting Highlands, Genting Bidai, Genting Sempah, Bukit Tinggi , Janda Baik , Awana Genting, Klang Gates , Hulu Yam dan Batang Kali menjadi tumpuan kerana beberapa saksi mendakwa mereka terlihat kelibat hilikopter itu pada hari Jumaat. Lokasi di menara pemancar telekomunikasi Maxis di pencawang Kilometer 36.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak turut menjadi titik rujukan.

Helikopter Sea Hawk dari kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat di Selat Melaka dan foto satelit milik Amerika Syarikat turut mencari.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut meninjau dari udara menggunakan helikopter Agusta miliknya. Helikopter Eurocopter EC 155 dipandu oleh Kapten Meor Abd. Wahab Meor Amaluddin (bekas juruterbang TUDM) turut terlibat.